Gaya Hidup Sihat
Masyarakat Malaysia pada masa kini telah terdedah kepada pelbagai penyakit dan masalah kesihatan seperti obesiti, tekanan darah tinggi, diabetes dan lain-lain. Hal ini kerana masyarakat Malaysia tidak mempunyai gaya hidup sihat. Jika kami ingin mempunyai kesihatan yang baik, gaya hidup sihat hendaklah diamalkan. Kepentingan gaya hidup sihat juga haruslah dititiberatkan kerana gaya hidup yang sihat memberi faedah kepada kecergasan fizikal dan menjadikan tubuh lebih cergas. Selain itu, sistem peredaran darah menjadi lebih teratur dan sistem imunisasi manusia akan menjadi lebih cekap. Risiko menghadapi penyakit yang berbahaya seperti penyakit jantung juga dikurangkan. Jelaslah, gaya hidup sihat haruslah diamalkan oleh semua lapisan masyarakat Malaysia.
Gaya hidup yang sihat dapat dimulakan dengan mempunyai diet yang seimbang. Untuk mempunyai diet yang seimbang, piramid makanan dicadangkan untuk menjadi panduan pemakanan seharian. Piramid makanan ialah satu panduan pemilihan makanan yang seimbang untuk dijadikan amalan dalam pemakanan harian. Dengan mengikuti panduan piramid makanan, nutrient seharian yang diperlukan seperti karbohidrat, protein, vitamin dan lain-lain akan diperolehi dengan secukupnya untuk menjamin kesihatan kami. Pemakanan yang seimbang dapat memastikan tubuh badan kami mendapat nutrient yang diperlukan seperti vitamin A, B1, B2, C, D, E. Makanan yang berlemak dan tidak berkhasiat haruslah dielakkan untuk menjamin kesihatan masing-masing dan dapat mengurangkan risiko menghadapi penyakit-penyakit. Selain daripada mendapatkan pelbagai nutrient, kami juga hendaklah diingati supaya meminum air dengan secukup-cukupnya dalam kehidupan seharian untuk memastikan air dalam badan kami adalah cukup.
Selain itu, aspek psikologi dan sosial haruslah diutamakan untuk membina gaya hidup yang sihat. Semua lapisan masyarakat dicadangkan untuk berfikiran terbuka dan positif. Apabila menghadapi masalah, kami boleh mendapat cadangan penyelesaian masalah daripada guru kaunseling sekolah, ibu bapa, ataupun kawan-kawan. Bukan itu sahaja, seseorang itu hendaklah mengetahui cara-cara mengatasi tekanan hidup. Apabila menghadapi tekanan yang berat, kami hendaklah mengatasinya dengan cara yang betul seperti mendengar kepada muzik. Kami juga hendaklah berani dan sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran hidup dengan fikiran yang lebih matang dan juga rasional. Minda positif hendaklah dibina kerana hanya minda yang positif dapat membantu setiap masyarakat menghadapi tekanan kehidupan kini. Oleh itu, masyarakat dicadangkan untuk membaca buku yang bermotivasi untuk membina minda yang positif dan menghindari daripada kawan-kawan yang berminda negatif supaya tidak dipengaruhi olehnya. Dengan ini, gaya hidup yang sihat akan dapat diwujudkan.
Di samping itu, aktiviti senaman yang berkala jugalah memainkan peranan yang amat penting dalam mewujudkan gaya hidup yang sihat. Hal ini kerana dengan senaman yang berkala, semua tekanan dapat dikeluarkan. Toksik-toksik badan juga akan dikeluarkan bersama dengan peluhan. Dengan ini, badan kami akan menjadi lebih cergas, pemikiran juga turut menjadi lebih jelas dan aktiviti-aktiviti yang dapat dilakukan termasuklah permainnan badminton, bola jaring, berbasikal dan lain-lain. Tekanan stres merupakan faktor yang penting dalam mempengaruhi kesihatan. Malah senaman merupakan cara yang terbaik untuk melepaskan tekanan masing-masing. Oleh itu, aktiviti senaman yang berkala hendaklah diutamakan dan dilancarkan dalam usaha membina gaya hidup yang sihat.
Lantaran itu, rehat yang secukupnya juga merupakan salah satu faktor yang amat penting untuk membina gaya hidup yang sihat. Orang pada masa kini selalunya menghadapi masalah kekurangan tidur. Hal ini bukan sahaja disebabkan oleh tidak dapat membuat pengaturan masa dengan baik, dan juga tidak mempunyai efektif yang tinggi. Hal ini seharusnya dititikberatkan kerana tanpa masa tidur yang cukup, organ seseorang itu akan terancam hari demi hari. Sebagai contoh, masa detox organ liver adalah lebih kurang pada pukul 10 hingga pukul 1 malam. Sekiranya seseorang itu tidak mendapat masa tidur pada masa tersebut, maka toksik-toksik tidak dapat dikeluarkan dan mengakibatkan penyakit-penyakit seperti hepatitis yang membahayakan. Oleh itu, kami seharusnya pandai menguruskan masa dan sentiasa menyiapkan tugasan pada hari siang dan tidur tepat pada waktu malam serta mengelakkan berjaga hingga lewat malam. Dengan masa tidur yang cukup, gaya hidup sihat dapat dibina kerana ini merupakan asas gaya hidup yang sihat.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara untuk membina gaya hidup yang sihat dan hal ini harus dititiberatkan kerana gaya hidup yang sihat memang dapat mendatangkan faedah-faedah kepada kami. Cara-cara seperti yang dinyatakan di atas akan mendatangkan banyak manfaat kepada kami sekiranya dilancarkan. Tanpa penjagaaan kesihatan, seseorang itu akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan sekiranya hendak mempunyai kesihatan yang baik, amalkanlah gaya hidup sihat!
Sumber rujukan:
No comments:
Post a Comment